10 tips balik kampung musim raya 1. Matikan suis elektrik di rumah. Periksa peralatan elektrik di rumah atau di pejabat anda. Pastikan suisnya sudah dimatikan dan plug dicabut dari soket. Jika anda mempunyai pemanas air di rumah, padamkan dahulu untuk mengelakkan airnya kering dan terbakar. Jika peti ais rumah anda tidak mempunyai makanan mentah atau basah, tutup suisnya untuk menjimatkan elektrik. 2. Tutup kepala tong gas. Jika anda memasak di rumah dengan gas silinder, pastikan anda tutup kepala tong gas dengan penutup untuk mengelakkan kebocoran gas daripada berlaku. 3. Kebersihan kolah. Untuk mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk, Tutup dan letakkan ubat jentik-jentik di kolah atau bekas simpanan air di rumah anda. 4. Simpan barang berharga dengan baik. barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat 5. Pastikan rumah berkunci. Periksa kunci di pintu rumah, pintu bilik dan pintu pagar rum...